Bagaimana untuk remove spam comment di website WordPress anda?

Hari ini saya dapat panggilan dari owner bisnes di Selangor. Bisnesnya agak rancak. Dia hubungi saya selepas dapat tahu dari rakannya yang merupakan klien saya.

Ada masalah besar. Itu yang dia sebut lepas saya tanya ada apa yang boleh saya bantu.

“Website saya kena serang dengan spammer. Macam-macam dia komen. Benda lucah dan ubat kuat.. boleh tolong remove tuan?”

Oleh sebab saya sedang buat kerja yang sama (untuk klien lain), jadi saya pun setuju untuk bantu dia.

150K komen spam

Selepas dia berikan saya semua detail login website, saya terus login. Btw dia menggunakan WordPress.

Alangkah terkejutnya saya, ada 150,000 komen yang semuanya spam. Datang dari plugin nulled dan dia tak pernah update themes dan plugins lain.

Tepuk dahi saya dibuatnya. Tapi apa boleh buat. Nasi sudah menjadi bubur. Oleh kerana saya dah cakap nak bantu dia, maka saya pun mulakan kerja.

Pertama, Login ke DB WordPress anda.

Perlu anda tahu yang jika anda ingin delete komen dekat dashboard WP anda, maka jumlah maksima yang anda boleh remove adalah sebanyak 150 – 155 sahaja. Lebih dari itu WP tak benarkan sebab link terlalu panjang.

Kalau ada 300 komen spam boleh la lagi, tapi kalau 150K, tak ke jenuh nak menunggu. Jadi apa yang saya buat adalah saya minta akses ke DB (Database) server dia.

Dalam kes saya, saya menggunakan HeidiSQL untuk akses ke DB dia.

Selepas saya masuk, apa yang saya buat adalah cari table yang bernama wp-comments

Kedua, Select all dan drop @ remove semua yang ada dalam table

Jika saya, nak mudah dan cepat just tekan CTRL + A untuk select semua file, kemudian Right Click dan remove semua file yang ada dalam table comments.

Jangan pula anda nak asingkan satu-satu, mana yang spam, mana yang real, remove saja semuanya. Dalam kes 150K ni, nak cari yang real comment memang sukar. Jadi delete yang lama, buka yang baru saja.

Tapi dalam kes saya, 150K comments itu sangat banyak. Laptop saya beberapa kali ‘Hang’ sebab ambil masa terlalu lama untuk select semua data.

Jadi apa yang saya buat adalah select semua data menggunakan command.

Macam mana dan kat mana nak masukkan command ni? Senang saja. Pergi ke tab query, lalu saya taip : SELECT * FROM wp_comments. Kemudian Run.

Jika anda buat menggunakan command, ianya ambil masa kurang dari 1 minit untuk select semua file. Selepas semuanya success, saya taip pula : DELETE * FROM wp_comments.

Dengan ini DB akan delete semuanya untuk saya. Pada anda yang tertanya-tanya, kenapa dan apa maksud simbol *?

Simbol ini bermaksud semuanya. so, SELECT * FROM wp_comments itu bermaksud SELECT SEMUANYA FROM wp_comments.

Semak di dashboard

Selepas saya pastikan tiada data yang ada dalam table, saya pergi kembali ke dashboard dan hit refresh.

Tadaa! Alhamdulillah semua komen-komen yang orang duk spam tu sudah hilang. Easy and jimat masa daripada nak filter satu-satu.

Mudah bukan? Harap anda dapat belajar sesuatu dari blog ini. Jika anda perlukan khidmat develop website atau sistem, jangan segan untuk hubungi saya. Atau jika anda ingin belajar buat website, boleh klik pada menu coaching diatas.

Jangan lupa share. Sampai jumpa 😉